Ahad, 23 Ogos 2009

Memancing 2





Kesan kesan kemodenan terhadap hidupan diSungai Brunei

Sungai Brunei sebenarnya memang mempunyai khazanah hidupan sungai yang banyak tetapi arus kemodenan telah merubah segalanya, dimana pencemaran sungai terjadi walaupun tidak nampak pencemarannya tapi para para nelayan dapat merasakan betapa kurangnya pendapatan hasil tangkapan mereka dari masa kesemasa.

Penggunaan enjin motorsangkut juga memberi kesan kepada hidupan sungai terutama sekali ikan ikan. Dulu para nelayan hanya menggunakan enjin berkuasa kuda yang rendah ataupun berenjin sigal (Seagull) dan bahkan ada yang menggunakan perahu bidar, gubang ataupun jumpong saja untuk menangkap ikan. Kalau nak kebandar pun orang orang kampong air menggunakan perahu tambang yang enjin berkuasa 18/20/25 kuasa kuda atau menggunakan perahu bidar dan gubang. Orang orang kampong air sekarang hampir kesemuanya mempunyai perahu berenjinkan yang berkuasa kuda tinggi, dimana bunyi bising yang dikeluarkan oleh enjin enjin tersebut mengganggu ketenteraman segala hidupan sungai. Bagaimana kalau penggunaan enjin berkuasa kuda sederhana (30 – 40 HP) ditetapkan bagi semua pengguna perahu tambang saja? Walau bagaimanapun kita tidak bolih tinggal olih arus kemodenan yang berteknolgi tinggi ini.

Dulu ikan ikan Rumahan, Temanong, Tamban dan lain lain jenis ikan lagi akan masuk melalui Sungai Brunei hingga sampai keSungai Junjungan secara berkawan mengikut musimnya. Kedatangannya mungkin untok mencari makan dan mengawan. Yang mana menandakan Sungai Brunei pada awal tahun 70an dulu maseh subur dan tiada pencemaran berlaku.

Pencemaran berlaku setelah kantong kantong plastik, tali tali rapia, minuman minuman kotak, minuman tin, barang makan dalam tin, dan lain lain lagi diperkenalkan dari semasa kesemasa pada akhir 70an dan awal 80an. Yang mana kantong kertas, tali purun dan penggunaan kertas surat kabar untuk pembungkus berkurangan. Mungkin orang orang kampong air atau pihak berwajib tidak memandang jauh kedepan akan kesan kesan negatif yang akan terjadi pada Sungai Brunei apabila setiap hari kantong plastik, bekas minuman plastik, bekas tin kosong, bekas minuman kotak, lampin pakai buang dan lain lain dibuang kesungai. Tempat pembuangan sampah tidak disediakan dan membuang sampah yang tidak mudah hancur/musnah oleh air tidak diambil berat oleh orang orang kampong dan pihak berwajib menyebabkan pencemaran ini terjadi.



Akhirnya, tanah tanah dibawah rumah bila air surut dipenuhi dengan bekas tin tin kosong, barang barang plastik dan lain lain. Ditepi tepi sungai pula kantong kantong plastik, tali rapia, bekas pembungkus dari polystyrene mendampar dan bergantongan diranting ranting pokok tunjang yang mencemarkan mata memandang. Permukaan tanah diulu ulu sungai juga dilapisi oleh bahan bahan yang tidak mudah musnah/hancur dan ini boleh dibuktikan bila kita menaikkan sauh setelah dilabuhkan selepas memancing atau untuk berpindah tempat memancing.

Bagaimanakah kita menyuburkan balik sungai Brunei kita ini? Kawasan pembuangan sudah disediakan disana sini dengan belanja yang cukup banyak; begitu juga dengan perangkap perangkap sampah yang direka khas untuk mengumpul sampah sampah yang hanyut ketika air pasang surut. Tapi ini bagi pendapat saya takkan mendatangkan hasil. Satu satu caranya ialah kita kembali saperti dulu dimana pemakaian kantong kantong kertas, tali tali pengikat, bekas minuman, bekas simpan makanan, lampin dan lain lain adalah dibuat dari bahan yang mudah hancur dan musnah olih air serta bolih menyuburkan kembali air dan tanah disungai Brunei. Lagipun sekarang sudah ada pembuatan kantong kantong plastik yang mudah hancur dan mudah mudahan pemakaiannya akan dikembang luaskan lagi bagi kebersihan dan kesuburan air sungai Brunei khasnya dan bagi kebersihan kawasan kampong air amnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.