Ini Adalah Antara Ikan Ikan Yang Pernah Dapat DiPancing
Tempat memancing diSungai Brunei memang banyak, petuanya asalkan saja kita rajin mencari. Mencari kawasan berpotensi untuk ikan ikan suka berkumpul mestilah kita fahami, ikan ikan ini sama seperti kita juga dimana ada sumber makanan disitu kita tinggal. Begitulah juga ikan, dan ikan perlukan tempat berteduh seperti kita juga. Ikan ikan suka pada bekas ranting ranting kayu yang dipanggil ranggas, kawasan berbatu, tempat pembuangan tiang atau batang batang burok yang mana tempat tempat ini boleh menghasilkan sumber sumber makanan seperti gelugut(lumut), biangsong, untuk makanan ikan ikan kecil, anak anak udang, ketam dan hidupan lain. Yang mana ikan ikan kecil, anak anak udang, ketam dan hidupan lain ini adalah habuan untuk ikan ikan besar. Tempat tempat beginilah yang sepatutnya kita cari untuk memancing.
Kalau tempatnya sudah dapat, bagaimana pula dengan keadaan airnya? Keadaan air juga memainkan peranan penting untuk tujuan ini. Airnya mestilah tidak sejuk, berkeadaan sedikit panas akan membuat ikan ikan lincah mencari makan. Rasa air juga mestilah tidak tawar (iaitu mestilah rasa payau atau sedikit masin), dimana kalau air tawar akibat hujan turun dalam beberapa hari akan membuat ikan ikan berhijarah kekuala sungai buat sementara waktu untuk menantikan air sungai berubah menjadi masin atau payau semula.
DiUlu Sungai Brunei adalah tempat memancing yang paling saya sukai saperti kawasan Luba, maklumlah orang kampong air. Kawasan ini berbatu dan tidak dalam, hanya 2-3 meter saja. Bagi yang menggunakan perahu, disini kalau air surut ada 3 tempat untuk memancing dan kalau air pasang pula ada 4 tempat memancing. Banyak ikan telah dinaikkan disini dari hasil memancing saperti ikan Ketambak, Langisi, Ungah, Languran, Kalakitok, Kerapu, Kurau, Pari, Bekalang, Selungsong, Pitutu, Gelama, Sembilang, Kitang, Mata mata, dan tidak terkecuali Bulan bulan. Saya saorang pernah menaikkan tujuh ekor Ikan Selungsong dari berat 1-3 kilo sebelah petang, gara gara terlalu banyak ikan Selungsong yang memakan umpan hingga tak terlayan akan kedatangannya, saya pun merasa takut dan terus pulang saja. Maklumlah kata orang tua tua kalau sudah ikan datang terlalu banyak memakan umpan maka ikan ikan ini datang dengan ‘tuan’ atau ‘indung’nya nanti kata orang Brunei “keteguran” pula.
Lain lain tempat diulu Sungai Brunei ialah Sungai Batu, Jong Batu, Sangkirap dan takat baru. Sungai Batu adalah satu satunya tempat yang terkenal dengan ikan Languran, Kalakitok, Langisi, Ungah, Selungsong dan kadang kadang Pari serta Bakalang. Disini ada tiga tempat memancing samada kalau air pasang ataupun surut, mempunyai kedalaman yang berbeda beda disesuatu kawasannya iaitu diantara 2 meter hingga 4 meter. Umpannya sudah semestinyalah udang hidup dan anak ikan kembura hidup yang dipanggil ‘banting banting’. Airnya saperti biasalah cuma jangan turun semasa hujan lebat yang turun beberapa hari dan biarlah airnya agak masin atau payau sikit serta tidak dingin. Jangan memancing ketika air surut deras kerana kita takkan mendapat habuan darinya dan sauh pun boleh larat juga. Satu satunya amaran disini ialah Jangan melabuh atau memancing terlalu ketengah sungai; ini amat merbahaya kerana ianya adalah tempat laluan kapal kapal ‘batu’ (iaitu kapal yang membawa batu dari kuari Temburong ke Batu Tiga).
Takat baru adalah takat buatan hasil dari pembuangan bekas kebakaran Kg Sultan Lama. Tempatnya ditepi sungai dekat pohon tunjang selepas Sungai Batu dan airnya tidak begitu dalam iaitu 1-2 meter saja. Ikan ikan yang pernah dinaikkan disini saperti Ikan Selungsong, Languran, Kerapu, Langisi, Umpak, Sembilang, Pari, Sapihi dan Taweh. Mungkin orang tak percaya tapi ini adalah kenyataannya.
Depan rumah dikampong, tempat memancingnya adalah longgokkan dari batang batang burok dan pada masa ini dibuat takat tiruan dari bekas tayar tayar lama dan tak dipakai. Dulu tahun 70an senang sekali untuk menaikkan ikan Kanai tapi sekarang mungkin sudah pupus. Kebanyakkan ikan yang boleh diperolehi disini adalah dari Ikan Kerapu, Selungsong, Pari, Kurau, Langisi, Ungah, Languran, Kalakitok, Sapihi, Sembilang, Umpak dan Gelama.
Pulau Sibungor juga tempat memancing yang berpotensi tapi ianya amat merbahaya kalau memancing disebelah siang kerana perahu tambang, perhu nelayan serta kapal ‘batu’ selalu melewati tempat ini. Kalau memancing sebelah malam juga mesti berwaspada dan jangan lupa bawa lampu picit (kalau boleh spot light). Kawasan ini juga berbatu dengan kedalaman kira kira 3 meter. Ikan Selungsong gemar bermain dikawasan ini dan tidak kurang juga ikan ikan seperti Ungah, Langisi, Languran dan Kerapu. Disini ada 3 tempat memancing tergantong dengan keadaan air pasang surutnya.
Tanjung Semasta merupakan tempat berkumpulnya ikan Selungsong dan Ungah. Kalau kena pada musimnya kita takkan terlayan akan habuan yang diberikan oleh ikan ikan tersebut. Tarikkan ikan seberat 1 – 2 kilo ditambah lagi kawasan tiang batu bekas stesen minyak kalau tak pandai bermain akan menggigit jari dibuatnya. Pernah sekali saya dan sepupu saya berpesta menaikkan ikan Selungsong sampai 16 ekor dan beratnya pula dari 1-3 kilo. Ungah pula pernah dinaikan sampai 12 ekor seberat 1-2 kilo bersama kawan sekampong.
Dekat stesen minyak Si Seng juga dapat memberi tantangan yang tidak cukup hebatnya, bila kena masanya. Dimana ikan ikan Kerapu yang berat 3 kg keatas, ungah 1-2 kg, langisi dan lain lain lagi bermastautin disini.
Satu tempat lagi ialah Pulau Keingaran, tempat bermastautin ikan ikan besar saperti Ikan Merah, Barabarahan, Ungah, Bekalang, Languran, Pari, Kerapu, Umpak, Taweh, Sapihi, Selungsong dan kadang kadang Ikan Anunan dan Paita. Dan berat ikannya pula dari 1 kilo hingga belasan kilo dan malah berpuloh kilo saekor pun ada!
Kawan sekampong pernah menunjukkan Gambar bersama ikan ikan ungah sebanyak 16 ekor yang dipancingnya seorang diri saja pada bulan March 2003 berumpankan ikan kembura yang dibelah semasa diTanjung Semesta.
Saya juga pernah ikut bersamanya untuk membuktikan kesahihan adanya ikan ikan ungah ini ditempat tersebut dan buktinya ternyata benar. Kami dapat menangkap sebanyak 12 ekor ikan ungah seberat 1 – 2 kilo seekor.
Kawan saya ini memang berpengalaman dalam memancing; apatah lagi nenek dan bapa saudaranya memang ahli dan pakar dalam memancing. Boleh dikatakan ia sudah mewarisi bakat memancing dari neneknya.
Pancang Hijau seberang Pulau Keingaran berdekatan dengan Pulau Chermin juga merupakan tempat pemancingan saya. Walaupun airnya tidak begitu dalam cuma 1 – 2 meter saja. Masanya ialah ketika air naik pasang dimana air dari kawasan dalam masok menuju kePulau Papatan; masa inilah ikan ikan saperti Ikan Umpak, Pari, Ketambak, Bakalang, Sembilang dan kadang kadang Ungah akan galak memakan umpan. Satu pesanan saja iaitu jangan terlalu membuat bising maklumlah airnya cetek.
Pulau Pelumpong juga tempat kegilaan saya untuk memancing, tempatnya tidak begitu jauh dari pantai cuma beberapa puluh meter saja. Kami pernah menaikkan ikan Tawih, Langisi, Temanong Binjai, Umpak, Bebatik, Kerapu, Bakalang, Pahat Pahat Kuning, Languran dan lain lain lagi.
Kalau tidak ada perahu atau takut MABUK LAUT untuk naik perahu kita bolih juga memancing dijambatan yang telah disediakan saperti yang ada di Pangkalan Sibabau (gambar atas) ataupun sepanjang tebing Bandar Seri Begawan saperti tempat penurunan perahu tambang (tangga Yayasan), pelabuhan lama, gerai Subok, Pusat kesenian, Bubungan Duabelas dan Pintu Malim
Kalau sudah tahu tempat tempat ini dan bagaimana keadaan arus dan airnya, maka cara melabuhkan perahu pula diambil kira. Biasanya perahu diadangkan berdepanan dengan lubuk ikan ikan tersebut kira kira 2 meter jarak dari lubuk. Maknanya kita haruslah melabuhkan sauh jauh kedepan sikit lagi dari lubuk ikan ini supaya tidak diketahui ikan ikan akan kehadiran kita. Kita tidak akan mendapat apa apa hasil kalau sauh dilabuh betul bertul diatas lubuknya. Memancing diair cetek mestilah berhati hati dan tidak boleh membuat terlalu bising. Ini bukanlah petua tetapi kerana ikan ikan tidak suka dengan bunyi bising.
Foto menunjukkan ketika saya lagi memancing diSungai Batu dihulu Sungai Brunei. Keadaan air surut ketika itu agak deras dan batu kail yang digunakan mestilah agak berat sikit tapi tak lah seberat ketika memancing ditengah laut. Tali sauh diikat di bahagian tengah perahu, biar senang memancing secara beramai serta senang untuk melemparkan pancing.
Sauhnya biarlah berpatutan dengan perahunya; tidak kiralah samada sauhnya dari kayu ataupun besi asalkan memadai untuk menahan perahu dari arus air pasang atau air surut. Selaunya saya melabuhkan perahu secara melintang dimana tali sauh diikat ditengah perahu; dengan cara ini senang bagi saya melabuh pancing sebanyak mana yang saya mahu. Lagipun kalau mengail berdua atau bertiga; pertengkaran dapat dielakkan kerana tali tangsi kusut sama sendiri dan tempat melempar pancing pun dibagi sama.
Umpan yang digunakan
Umpan yang digunakan biasanya adalah terdiri dari hasil sumber makanan yang terdapat disesuatu kawasan tersebut. Kalau disungai biasanya saya menggunakan Udang hidup (siar tanam/kapor/harimau), dan ikan Kembura hidup/mati. Ikan kirang kirang juga boleh digunakan tapi habuan/santapan ikan yang diterima adalah tipis. Pernah kawan saya menggunakan ikan karok sebagai umpan untuk memancing ikan Ungah kerana pada masa itu, ia tidak memperolehi ikan kembura dan masa pun sudah suntuk lalu ia cuba menangkap ikan ikan karok sebagai ganti ikan kembura. Hasilnya adalah sangat memuaskan kerana dapat menaikan 3 ekor ikan ungah seberat 3 kilo tiap tiap seekor dan banyak lagi yang putus dan rubit katanya. Ternyata ikan karok boleh dibuatkan umpan memancing ikan ungah kerana ikan karok ini amat dan lebih aktif berenang dan bentuk badannya pun sama saperti ikan kembura cuma yang membezakan adalah warnanya.
Udang hidup dirambat sebelah malam didepan rumah dikampong air mestilah dihidupkan dalam kurungan dan ditenggelamkan dengan pemberat. Ini kerana kalau dibiarkan diatas air dikhawatiri tanpa disedari hujan lebat turun ditengah malam dan air hujan akan melapisi air sungai yang menyebabkan udang udang akan mati. Udang hidup dan Ikan Kembura hidup mestilah diasingkan kurungannya kerana dikhawatiri ikan ikan kembura akan terluka dan sisik sisiknya tercabut yang boleh mematikan dan melemahkan pergerakkannya .
Kawasan berpotensi untuk mendapatkan udang hidup disiang hari ialah kalau di sebelah sungai Brunei; udang udang boleh didapati dihujong Kg Burong Pingai, sungai Sangkirap, kawasan Tumasek dan hujong Kg Tamoi Ujong ia itu ketika air surut penuh sebelah pagi saja.
DiKampong Pelambayan juga boleh kita perolehi udang hidup. Sementara dikawasan Papatan pula kalau air tidak ‘bah’ dari sungai Limbang; maka udang udang untuk umpan boleh kita perolehi dengan banyaknya.Dan tempat yang sentiasa dikunjungi pemancing untuk mengambil umpan udang hidup pula ialah diSungai Salar.
Sungai Salar memang sangat berpotensi dengan siarnya yang banyak. Bahkan kadang kadang dengan hanya dua tiga kali rambat sudah cukup untuk dibuatkan umpan. Tempat ini juga boleh dipancing kerana kadang kadang kita juga terambat ikan ikan saperti Langisi, Ungah, Sembilang dan Selungsong. Rambat yang kita gunakan mestilah panjang talinya kerana walaupun ianya merupakan anak sungai tapi kedalaman airnya lebih dari 7 meter.
Kalau kita tidak pandai merambat; kita boleh mendapatkannya dengan hanya membeli dikedai kedai menjual alat alat memancing, dikedai aquarium, ataupun membeli terus dengan penjual udang yang selalu merambat disebelah malam disepanjang Gerai Malam di Subok, hingga ke Pusat Kesenian dan dekat balai bomba Kg Pintu Malim. Kita boleh membeli dengan harga yang berlainan dari seorang perambat keseorang perambat yang lain.
Alat Penggulung (Penampung) Tangsi
Alat penggulung tangsi yang saya gunakan ialah kerikan saja, tak kiralah samada ia dibuat dari plastik ataupun kayu adalah sama saja. Cuma meggunakan kerikan plastik haruslah dihalusi dibahagian tepinya dulu setelah dibeli kerana dibahagian tepinya agak kasar dibandingkan dengan kerikan kayu dan susah pula untuk menghulur tangsi untuk melontarkan kail ataupun untuk bermain kalau ikan besar memakan umpan. Tapi sekarang kebanyakkan orang dimasa ini lebih suka menggunakan joran yang harganya sampai beratus ringgit; mungkin kerana ianya mudah dan senang untuk digunakan. Bagi saya lebih suka menggunakan kerikan biasa bukan kerana ianya murah tapi lebih seronok rasanya bila merasa ikan memakan umpan serta untuk menaikkan ikan yang dapat pun juga cepat. Bermain dengan ikan menggunakan tangan sendiri lebih seronok dan diri kita akan merasa puas dari menggunakan joran. Itulah kehebatan menggunakan kerikan biasa dari joran.
Tali (Tangsi) Yang DiGunakan
Tali tangsi yang digunakan bagi kawasan sungai amatlah berbeza jika dibandingkan dengan tali tangsi untuk memancing dikawasan laut. Disungai kita cuma perlu tali tangsi yang berkemampuan antara 15 – 25 paun saja sudah memadai. Tergantunglah pada sipengguna samada ia menggunakan tangsi 25 paun untuk pohonnya dan 15 paun sebagai perambutnya tapi menggunakan kili kili; ataupun 25 paun terus dijadikan sebagai pohon beserta perambutnya sekali. Tapi jarang sekali orang menggunakan tali tangsi 15 paun sebagai pohonnya dan tali tangsi yang kurang dari 15 paun sebagai perambutnya.
Tangsi 30 – 35 paun biasanya saya gunakan untuk memancing secara beranyut untuk memancing ikan ikan besar seperti Ikan Selungsong, ikan Merah, ikan Ungah dan ikan Bakalang.
Mata Kail (Pancing) Yang Digunakan
Biasanya mata kail yang digunakan sebesar ukuran 10 dan sekecil ukuran 13 apabila memancing diSungai Brunei. Mata kail yang berukuran 10 & 11 biasanya saya gunakan untuk umpan beranyut (pancing yang tanpa batu pemberat) berumpankan ikan Kembura atau Udang Harimau. Dan mata kail berukuran 12 & 13 ini saya gunakan untuk memancing dasar yang menggunakan batu pemberat. Mata kail yang saya gunakan pun bukan yang jenis mahal, cukuplah yang harganya $3.50 sekotak yang berisi 100 babak mata kail dan tidak berlubang pula. Bagi yang baru turun atau belum mahir lagi bolih lah memakai mata kail yang berlubang.
Batu Pemberat (Batu Kail)
Kalau dulu batu kail cuma menggunakan bekas batu rambat atau pukat yang tidak dipakai lagi. Orang dulu juga memanggilnya timbarat yang bererti timah pemberat. Besar kecilnya batu kail tergantung juga pada arus airnya. Tapi sekarang batu kail sudah ada yang dibuat khas samada yang dilipat ataupun yang ada lubang untuk joran dan pancingan biasa dijual dikedai kedai alat alat memancing. Cuma kita perlu membawa bekal batu kail yang secukupnya kerana kadang kadang batu kail putus bersama mata kail dilarikan ikan ikan yang besar ataupun tersangkut dikawasan berbatu atau ranggas yang tajam.
Cara Melabuhkan Pancing
Ada dua cara boleh kita gunakan untuk melabuhkan pancing kalau air tidak begitu deras. Ia itu dengan cara menggunakan batu pemberat dan tidak menggunakan batu pemberat (dengan cara dihanyutkan). Dengan menggunakan pemberat, kita boleh melontarkannya ditempat yang berkemungkinan ada ikan ataupun dengan melabuhkannya dibawah perahu saja. Kerana dibawah perahu pun ikan ikan boleh menyambar/memakan umpan.
Pancing yang tidak menggunakan pemberat cuma perlu dilontarkan mengikut arus dan tali tangsi diturut/hulur sepanjang mana yang kita perlu, asalkan tidak mengganggu pancing kita sendiri atau orang lain. Pancing cara ini hanya menggunakan umpan hidup kerana umpan hidup akan membawa tali pancing kita samada berenang keatas atau kebawah air. Pergerakkan umpan ini boleh menarik perhatian ikan ikan yang ada disekitarnya. Sekali sekala pancing ini perlulah ditarik 2 hingga 3 depa dan kemudian dilepas kerana dengan pergerakkan ini juga akan menarik perhatian ikan ikan yang ada dikawasan tersebut terutama sekali ikan ikan besar.
salam Pahat2.. Rupanya ada blog kita udah.
BalasPadamInda kita membuat shoutbox.. sanang kitani meninggal2 kan pesan & jua link column untuk bloggers.
Banyak jau informasi yang selalu kitani terlepas pandang di sini.. Teruskan..
Iatah PPK ani baru pandai pandai tapi nda tau cara kan nambah apa apa lagi termasuk membuat shoutbox ani..
BalasPadam