Selasa, 27 Oktober 2009

DAIRI MEMANCING




Tarikh: 28th March 2004
Hari : Minggu
Jam : 10.30 pagi
Tempat: Sungai Batu

Setelah dekat 5 bulan tak memancing terasa pula giannya setelah isteriku pulang balek kampong. Maklumlah kalau ada isteri dirumah memang susah dan masa pun begitu sibuk terisi dengan melayan anak anak dan isteri. Sebenarnya sudah begitu lama terpendam giannya hendak memancing ini, setiap kali lewat jambatan Rangas atau sungai Damuan, mata sekali sekala memandang keadaan air sungai. Fikiran pun melayang mengingat tempat tempat memancing yang paling bagus dengan keadaan air tersebut dan terbayanglah segala jenis ikan ikan yang dinaikkan satu persatu kedalam perahu. Tapi apa boleh buat masa dan keadaan tak mengizinkan.

Jadi peluang ini pun tak ku lepaskan, jam 5.30 pagi alarm dihand phone sudah berbunyi dan ketika hendak bangun, rupanya guruh (guntur), kilat dan hujan sudah lebih awal menyaingiku. Jadi hajat untuk kekampong lebih awal ku batalkan dan terus manyambong tidurku. Tiba tiba hand phone berbunyi lagi; ku kira alarmnya berbunyi lagi; rupanya si Harun sepupuku dari kampong meneleponku menggunakan halo kadnya sambil bersuara “Matok!?” iaitu ekspressi yang mula mula dikeluarkan bila berjumpa dimana mana. Matok merupakan kependekan dari perkataan MEMATOK? bermaksud adakah ikan memakan umpan?.

Rupanya jam baru 7.30 pagi dan ia menanyakan samada aku turun kekampong atau tidak. Perkataan yang tak sepatutnya ditanyakan lagi. Semestinya pelawaan yang tidak akan ku tolak sama sekali bila disebut soal memancing. Jadi aku pun bergegas mandi, sarapan pagi dan mengemas barang yang perlu dibawa; tidak terkecuali pakaian seragam memancingku.

Sampai dikampong, perahu sudah tersedia dibawah rumah. Tapi sedikit mengecewakan ialah umpannya cuma beberapa ekor saja kerana katanya semalam udang susah nak dapat. Mungkin air tak begitu bagus kali. Setelah bincang bincang seketika kami pun bercadang untuk merambat dululah ditempat tempat yang biasanya ada udang disebelah siang. Kami menuju keSungai Panga setelah merambat diUlu Burong Pingai tak mendatangkan hasil kerana airnya dingin. Tapi udang diSungai Panga pun tak begitu banyak, sekali rambat dapatlah 2 – 3 ekor saja.

Setelah merambat beberapa kali, jam sudah menunjukan 10.20 pagi dan udang cuma dapat dalam belasan ke dua puloh ekor saja termasuk dua ekor banting banting (gelaran bagi anak kembura). Kami terus ke ulu menuju ke Sungai Bunga. Setelah sauh dilabuh, pancing pun diturunkan, melihat keadaan arus diatas, kami pun mengira air sedang surut tapi rupanya meleset air dibawah melawan arus iaitu pasang. Tapi kami tunggu juga dalam beberapa minit, aku dapat menaikkan dua ekor Langisi saja.

Oleh kerana tidak merasa puas hati dengan labuhan perahu tersebut; aku pun mencadangkan supaya perahu dilabuhkan agak keatas sedikit iaitu mengadang takat air pasang surut. Dimana disini kita tak perlu khawatir samada airnya pasang ataupun surut; dua dua keadaan air ini boleh dikaili (dipancing) kerana dikiri kanan perahu ada menunggolnya. Setelah berlabuh kami membalingkan pancing satu persatu, aku sorang saja melabuhkan tiga pancing iaitu dua tangsi 15 paun menggunakan sedikit batu pemberat, kerana air tidak begitu deras, jadi yang satunya aku pakai pancing beranyut yang tidak menggunakan pemberat.

Baru saja ketiga tiga pancingku gugur keair, satu darinya sudah dimakan ikan. Rupanya ikan Kalakitok memakan umpan. Selepas itu satu persatu pancing yang sama dimakan Kalakitok dan hanya dua kali saja pancing ku yang satu itu menaikkan ikan iaitu seekor ikan Kalakitok dan satu ekor lagi Ikan Selungsong seberat 1 kilo. Kecuali pancing beranyutku tak dijamah sama sekali. Padahal pada masa itu dekat dengan perahu kami; kawanan ikan ikan Kalakitok, Languran serta Bulan Bulan nampak bermain diatas permukaan air.

Rupa rupanya aku seorang saja yang menaikkan ikan ikan tersebut dan cHarun hanya bergeleng kepala bengang kerana kailnya belum menaikkan ikan. Walhal ia tak kurang juga hebatnya dalam memancing disungai ini. Walaupun ia turut melabuhkan pancingnya ditempat yang sama dimana ikan ikan tersebut memakan umpan, hanya beberapa kali sahaja ikan melarikan pancingnya tapi ikan tak terkait juga.

Akhirnya dalam 13 ekor udang yang ku umpankan hanya yang ku dapat 6 ekor Kalakitok sebesar lima jari dewasa, 2 ekor Langisi sebesar Kalakitok, 1 ekor Bulan Bulan berat setengah kilo, dan 1 ekor Selungsong seberat 1 kilo. Semua ini hanya aku sorang yang menaikannya dan memandangkan umpan pun tak ada lagi; kami pun pulang kira kira jam 11.00 pagi. Tapi ikan ikan maseh galak memakan umpan tapi apakan daya umpan tak ada dan susah dicari.

Bayangkanlah kalau umpan masa itu dalam 100 ekor, mungkin kami akan dapat lebih banyak ikan lagi.








Tarikh : 30hb Mei 2004
Hari : Minggu
Jam : 1.00 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat: Depan Tambing Yayasan, Kuala Sungai Siamas dan Pulau Sibongor


Hari itu tiada niat nak memancing menggunakan perahu, selepas makan malam bersama Jupri, sepupuku ; aku ikut Jupri pulang kekampong. Tujuan kesana tiada lain hanya untuk melepaskan gian memancing dkampong. Aku cuba merambat umpan udang setelah diumpani dengan makanan ayam. Lagipun awal tadi siBayam sudah merambat umpan untuk mereka memancing besok pagi di arah putus iaitu di ujung Pelumpong. Jupri hanya memerhatikan dari jambatan saja. Setelah beberapa kali menebarkan jala dan mengumpulkan udang dalam baldi yang diisikan air, tiba tiba dari lorong jambatan gelap muncul siLani bertanyakan ada udang atau tidak. Saya jawab ada jua untuk umpan memancing bedua. Rupanya ia mencari kami dari lepas Isya’ tadi nak mengajak kami memancing menggunakan perahu abangnya. Aku pun apalagi saperti orang mengantuk sisorongkan bantal tapi Jupri nda mau ikut kerana kalat mata udah katanya.

Kami pun turun berdua setelah umpan cukup untuk memancing sampai kepagi tapi kalau ikan makan ‘berancap’ mungkin nda sampai kepagi. Umpan hanya dalam lebih kurang 100 ekor saja. Kami pun terus menuju ketempat pertama iaitu berdepanan tambing Yayasan. Sebenarnya kawasan ini sangat merbahaya jua waktu siang hari kerana tempat ini adalah tempat pelintasan perahu perahu tambang.

Tempat ini katanya dulu ia pernah menaikkan berbagai jenis ikan termasuk ikan ketambak, langisi, ungah, gelama, kerapu dan kurau. Setelah pancing dilabuh beberapa lama, hanya ikan utek saja yang naik dan ada sekali perahu tambang nak menuju tapi dapat dielaknya kerana disuluh oleh siLani dengan lampu spotlight yang menggunakan bateri. Kami pun terpaksa pergi ketempat lain kerana amat berbahaya juga walaupun malam; malah sudah mahu suboh.

Tempat kedua kami tuju ialah kuala Kampong Sungai Siamas, disini agak tenang sikit dari perahu tambang tapi mesti berawas awas juga lah kerana sekali sekala ada jua perahu tambang lalu lalang disana. Apalagi kalau siang hari tempat ini juga sibuk dengan peahu tambang dan perahu nelayan yang pergi kelaut untuk menangkap ikan dan udang.

Disini kami tak begitu lama, kawasan bawahnya bersangkutan mungkin bekas kawasan kampong air lama atau tempat pembuangan orang. Mungkin jua air nya tidak mengena pada masa itu, hanya sekali sekala pancing ku dimakan ikan tapi tidak mengena.

Sebelum azan Suboh berkumandang kami pun berpindah ketempat ketiga iaitu Pulau siBongor. Tempat pancingan siLani agak agak jauhnya dalam 20 meter dari tempat pancingan kebiasaan saya. Tempat nya disini agak cetek dan airnya agak deras. Disni katanya adalah bekas orang menugu dulu, jadi ada peninggalan bekas kayu kayu dan tempatnya juga berbatu batu. Dan pernah ia tiga kali turun dalam sehari hanya untuk memancing disini iaitu pagi, tengahari dan sebelah petang. Ikan ikan yang dinaikkannya saperti ikan ungah, langisi, languran, kalakitok, kerapu dan lain lain lagi.Ikan ikan yang pernah diperolehinya kebanyaakkannya 2 atau 3 ekor sekilo beratnya. Pernah jua ia kehabisan umpan sebanyak 200 ekor tidak sampai satu jam lebih.

Setelah dua pancingku diturunkan dan begitu jua siLani, tidak berapa lama setelah hari mau siang. Ikan ikan pun mula memakan umpan. Sekali ikan makan umpan serentak keempat pancing kami, aku dan siLani bermain tapi pancing siLani tak mengena. Aku pun bermain tarik dengan ikan tapi tak jua mengena, malah putus apabila sudah dekat dengan perahu kerana tali tangsi kami hanya 15 lb sahaja. Dan aku menarik tali yang satu lagi tapi kali ini hanya satu pancingku saja yang dapat menaikan ikan languran lebih kurang 250 grm.

Disini punya pantangnya tersendiri iaitu kalau ikan pertama nak dinaikkan terlepas maka putih matalah seterusnya. Hanya ikan languran dan beberapa ekor langisi yang naik saja disana. Umpan pun dah nak habis dan hari pun gelap nak hujan tapi niat hati kami nak memancing lagi. Aku pun teringat bahawa tadi magrib siBayam ada merambat udang untuk memancing kelaut tapi pagi itu hujan turun dan agak gelap sikit dan mungkin mereka tidak jadi turun kata fikiranku. Aku menyarankan agar kekampong dulu minta umpan siBayam dari membuang masa merambat, walau pun kami pada masa itu berbekalkan rambat.

Betul kata fikiranku, siBayam hanya duduk duduk dijambatan dengan joran ditanganya. Aku pun bagi isyarat padanya mengapa nada jadi turun kelaut. Iapun membalas dengan isyarat jua katanya hujan dan berombak dilaut. Jadi aku membalas untuk meminta separuh dari umpannya dan iapun menyuruh mengambil dalam kurungan. Apalagi setealah mengambil separuh kami pun menuju kehulu.

SiLani bertanyakan tempat pengailan kami dan aku menyuruh ke Luba dulu kerana diSungai Batu ada orang memancing disana walhal sudah nampak riak riak ikan sekali sekala menimbulkan dirinya. Dalam keadaan air pasang agak susah juga nak mencari lubok sesuai kerana temapt tempat bagus ketika air pasang diLuba hanya beberapa tempat saja. Aku hanya dapat menunjukkan tempat pengailan ku sama arwah bapa. Tapi air pasangnya tidak begitu deras cuma agak perlahan saja. Ikan ikan disini makan ketika air pasang deras. Tapi walau bagaimanapun kami hanya dapat menaikkan ikan bulan bulan, langisi dan kerapu.

Kami pindah kebawah lagi dekat makam Luba, disini kami menaikkan ikan langisi saja dan lepas tu pindah lagi ketempat tujuan asal kami iaitu Sungai Batu. Disini kami berlabuh dari bawah dimana air sudah agak surut dan sedikit deras. Setelah pancing dilabuh tidak berapa lama pancing siLani menaikan ikan langisi dan aku menaikkan ikan yang sama. Satu persatu ikan kami naikkan tanpa kami ketahui rupanya sauh kami larat dan perahu pun hanyut dari tempat asalnya dan terpaksa lah dimakankan saja sauhnya dan kembali memancing dan sekali sekala ada kawanan ikan bulan bulan dan languran timbul memakan anak ikan. Aku pun mencuba melabuhkan kailku agak kelaut sedikit dan tidak sampai satu minit kailku pun dismabar ikan besar. Agak berdebar juga rasanya kerana tali tangsiku cuma 15lb saja yang putus tadi subuh diPulau siBungor. SiLani menyuruh bermain dulu agar biar lemah. Rupanya ikan selungsung yang makan kailku munculkan dirinya apabila ia melompat untuk melepaskan diri. Beberapa kali ia melompat akhirnya dapat jua menghampiri bibir perahu untuk disiut oleh siLani. Setelah naik baru lah reda segala debaran kerana ikan selungsung yang terkapar itu beratnya dalam 2.5kilo. Tidak berapa lama umpan pun habis dan kami pun pulang tidak dengan tangan kosong.

Ikan ikan yang kami perolehi ialah Languran, Langisi, Kerapu, Umpak dan juga Selungsung.

Nampak gayanya, bertambahlah lagi tempat tempat memancing yang berpotensi iaitu dekat Pulau SiBungor, walaupun pada masa itu nda banyak yang diperolehi tetapi nampak dilihat dari cara tarikan ikan yang memakan umpan suboh tadi; apalagi kalau airnya pada masa itu agak deras.

Jam sudah menunjukkan pukul 10.20 pagi.



















Tarikh : 25 & 26hb Jun 2004
Hari : Maalam Minggu & Minggu
Jam : 11 malam hingga 9 pagi
Tempat: Pulau SiBungor

Petaang Sabtu itu aku pergi kekampong untuk jumpa kawan dan saudara setelah lama tidak pulang hampir 4 bulan, rasa rindu lihat keadaan kampong air pun ada jua; maklumlah anak kampong air. Dijambatan aku jumpa siLani kawan yang membawa ku memancing ikan Ungah diTanjung Semasta dulu. Jumpa dia pun tak ada lain selain dari cerita sekitar memancing. Sempat jua bertanya pasal tali pancing (tangsi) yang selalu dipakainya iaitu tali tangsi apabila ditarik tidak putus malah akan memanjang dan bila dilepas akan balik semula saperti asal. Katanya beli saja arah kedai siBanian cuma berharga $4.00 tapi kalau ditempat lain berharga $9.50 satu roll yang sama.

Seronok jua cerita pasal laut dan cerita tambah rancak bila kawan kawan lain datang kejambatan. Gelak ketawa pun tak lepas

Apabila melihat keadaan air surut deras, aku pun mulakan bahawa kalau mancing diPulau Sibungor pasti ada ikannya tapi siLani mencelah dengan keadaan air yang agak kabut ikan disana nda makan katanya kecuali airnya jernih.

Jam tangan sudah menunjukkan pukol 6 ptg.aku pun minta pamit mau balik dulu dan insya allah akan datang lagi malam nanti mau mencuba memancing bila air naik pasang nanti. SiLani pun mau datang kalau aku datang sama Samson adik angkatku.

Aku datang sama Samson dalam pukol 8.50 malam dan siLani udah sampai dalam 10 minit. Dudok dudok cerita dulu sebelum memulakan memancing. Samson beli nasi makanan ayam diPandai Besi kerana lupa untuk umpan makanan udang.

Sementara Samson merambat udang kami membereskan pancing. Dari kul 11 sampai 5 cuma dapat 2 ekor Langisi saja tapi Otek dapat 10 ekor kerana air dibawah dingin.

Aku menyarankan siLani untuk memancing diPulau SiBungor kerana keadaan air surut berwarna kehijauan dan tambahan lagi kalakitok timbol mengejar mangsanya.

SiLani pulang kerumah ngambil perahu dan aku tukar pakaian seragam khas mancing. Kami turun bertiga, pergi ke Sekolah Semaun dulu merambat udang tapi nda ada. Pindah keSungai Panga baru ada; itu pun sekali naik dalam 2 – 3 ekor sekali rambat. Cukup dalam 30 ekor kami terus ke Pulau SiBungor.

Setelah sauh dilabuh akupun mula menurunkan pancing, diikuti siLani dan Samson. Lama jua ikan mau makan umpan. Aku cuba baling agak jauh sikit. Pancing ku dimakan bila aku mahu minum air. Ikan Umpak sebesar tapak tangan naik sebagai pembuka tirai kemudian siLani dengan Kerapunya yang agak besar sikit dari Umpak tadi. Aku pun menarik pancingku bila ikan nda mau makan umpan dengan perlahan ditarik hingga dekat bawah perahu pancingku disambar ikan yang agak besar hingga tangan ku terasa sakit dan ku lepaskan arah siLani menyambut dan bermain dengan ikan. Tapi tak naik naik kerana mata pancingnya jangkang. Aku sudah tau ikan tersebut adalah selungsung mungkin seberat 2 kilo kerana tangsi cuma 15 paun saja.

Kami pindah kedepan dan kusarankan Samson tukar pancingnya dengan pancingnya yang dipasang mata pancing baru tadi kerana takut kalau nda diturunkan akan menjadi “panas”. Ia pun memakainyaa nda sampai 5 minit kalakitok naik sebeasar tapak tangan. Aku pun mencuba memancing kebawah perahu dan menghulurnya perlahan perlahan kerana air sudah naik pasang agak sikit deras. Pancingku disambar ikan yang kira pasti languran kerana cara nya menyambar dan melarikan. Akupun bermain tapi nda lama mata kail putus. Aku pun mencuba lagi dengan cara yang sama tapi nda disambar. Akupun membalingkan pancing agak kelautnya sikit nda lama disambar ikan lagi. Rasanya saperti ikan yang sama dan sekali lagi putus.

Kepanasan sudah terasa kerana matahari sudah naik. Kaimi pun pulang kerana nda tahan panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.