Selain takat asli yang tersedia, dizaman yang serba moden dan canggih ini takat tiruan juga boleh dibuat. Ini bergantung lah bentuk takat dan ukuran yang hendak dibuat. Pihak Brunei Shell Petroleum sendiri telah mendermakan bekas derek-derek/pelantar-pelantar minyak lama yang sudah tidak digunakan lagi untuk dijadikan takat takat tiruan. Bagi mengelakkan para pelaut mendekati kawasan pelantar pelantar minyak yang maseh beroperasi. Memang kawasan pelantar pelantar minyak berpotensi dan terkenal dengan bermastautinnya berbagai jenis ikan ikan yang besar tetapi memasuki kawasan ini mestilah sanggup menanggung resiko yang lebih besar kerana ianya sudah menjadi kawasan larangan.
Pihak Jabatan Perikanan juga membuat takat takat tiruan dari bekas batang tiang tiang cerucuk berbentuk segi tiga piramid dan bekas kapal kapal yang tak digunakan lagi.
Kita sendiri boleh membuat takat tiruan dan bahan bahan buangan saperti tayar tayar kereta, bahagian engin engin kereta, batang batang kayu, bekas botol minuman plastik, bekas guni beras dan lain lain lagi.
Dibawah ini saya lampirkan buku yang telah diterbitkan olih Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam iaitu mengenai dengan Kejayaan Takat Tiruan.
Kejayaan Takat Tiruan
1. LATAR BELAKANG PROJEK
Takat tiruan ialah struktur struktur perlindungan dan kediaman ikan ikan didasar laut yang dibuat olih manusia. Ianya bolih menyediakan sumber makanan, kawasan pembiakan dan perlindungan ikan ikan. Takat takat tiruan adalah juga tempat kediaman yang sesuai bagi organisma organisma marin saperti tiram, rumput-rumpai laut dan bakara. Takat tiruan juga digunakan untuk membantu perikanan kecil kecilan dan bagi melindungi tempat tempat pembiakan ikan dengan menghindarkan aktibiti aktibiti menangkap ikan dengan menggunakan pukat tinda dikawasan yang berkenaan.
Takat tiruan menyumbangkan kesuburan kehidupan laut dengan:
a. Memberikan tempat perlindungan ikan daripada musuh dan arus yang kuat.
b. Menggalakkan pertumbuhan takat semulajadi (‘natural corals’).
c. Menjadi tempat yang subur dengan ‘algae’ dan organisma organisma marin yang melekat, ikan ikan kecil dan ‘invertebrate’.
d. Tempat pembiakan dan ternakan (‘nursery’).
e. Menjadi tanda tunjuk arah dalam penghijrahan ikan ikan paras laut.
2. OBJEKTIF:
a. Meningkatkan produktibiti perikanan dikawasan persisiran.
b. Menyediakan kawasan kawasan menangkap ikan yang produktif bagi nelayan kecil kecilan.
c. Meningkatkan perkembangan industri ‘ecotourism’ dengan menyediakan lokasi lokasi pengambilan gambar dalam air mengenai organisma organisma marin yang beraneka warna, ikan ikan besar dan kumpulan kumpulan ikan.
3. PERLAKSANAAN PROJEK TAKAT TIRUAN:
Program takat tiruan Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber Sumber Utama telah dimulakan pada tahun 1985 dibawah Rancangan Kemajuan Negara Ke 5. Ianya ialah satu projek yang berterusan dan bertujuan bagi meningkatkan produktibiti perairan Negara Brunei Darussalam. Dibawah program permulaan tersebut, sejumlah 20,000 biji tayar lama telah dijadikan sebagai bahan takat tiruan.
Pada tahun 1987, Syarikat Minyak Shell Brunei Sdn. Bhd. (BSP Co. Ltd) telah menawarkan 2 buah pelantar minyak yang tidak lagi digunakan keJabatan Perikanan bagi program takat tiruan Jabatan tersebut.
Kajiselidik terhadap dasar laut dikawasan Two Fathom Rock telah menunjukkan bahawa kawasan tersebut adalah sesuai untuk menempatkan pelantar pelantar minyak tersebut (lihat Rajah 1). Kawasan yang telah dipilih untuk penempatan pelantar pelantar minyak ini mempunyai kebaikan kerana ianya sudah dikelilingi olih kumpulan takat takat karang dan dapat mengelakkan bahaya perjalanan kapal kapal dan sebagainya. Penempatan takat tiruan bermula setelah mendapat kebenaran daripada Jabatan Laut, Kementerian Perhubungan.
Rajah1: Peta menunjukkan lokasi takat tiruan
Bagi Jabatan Perikanan untuk mengambil alih tanggungjawab bagi pelantar minyak tersebut daripada pihak BSP setelah ditempatkan didasar laut, Jabatan Perikanan perlulah menandatangani suatu perjanjian. Didalam perjanjian tersebut BSP bertanggungjawab untuk memindahkan struktur tersebut daripada lokasi asal dan menempatkan didasar laut diperairan Negara Brunei Darussalam yang telah dikenalpasti olih Jabatan Perikanan, bagi mewakili pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, dan ianya secara percuma.
Pada 28 Ogos, 1988, 2 buah pelantar minak telah pun dipindahkan daripada Padang Minyak Ampa dan ditempatkan didasar laut dikawasan Two Fathom Rock. (lihat Gambar 1 dan Rajah 2).
Gambar 1 – Menunjukkan kerja kerja penempatan pelantar
Minyak SWA – 45 dan SWA -58 kedasar laut
Rajah 2 – Menunjukkan Lokasi Struktur Pelantar Minyak SWA – 45 dan SWA -58 Didasar Laut
Program seumpama ini adalah merupakan yang pertama dirantau ini dimana pelantar minyak usang sengaja dijadikan sebagai takat tiruan. Kejayaan projek takat tiruan ini bertujuan bagi mempelbagaikan produktibiti perikanan diperairan Negara Brunei Darussalam. Pada tahun 1994 sebanyak 5 buah lagi pelantar minyak telah dijadikan takat tiruan dikawasan Two Fathom Rock.
4. PENILAIAN FAEDAH PROJEK:
a. Membantu memperbanyakkan kepelbagaian dan jumlah sumber ikan ikan.
Kumpulan kumpulan ikan di struktur takat tiruan diperairan Negara Brunei Darussalam telah dinilai dari segi perbandingan ‘visual census’ terhadap jumlah jumlah ikan dikawasan takat karang dan kawasan takat tiruan (Gambar 2). Kajian telah menunjukan bahawa takat tiruan bolih membantu memperbanakkan lagi kepelbagaian dan jumlah sumber sumber ikan makanan yang bernilai tinggi dan mempunyai saiz yang lebih besar dibandingkan dengan sumber sumber ikan ditakat takat karang.
Gambar 2 – Kumpulan Kumpulan Ikan Distruktur Takat Tiruan
Diperairan Negara Brunei darussalam
b. Menambahkan ‘biomass’ ikan dan pendapatan nelayan kecil kecilan
Kajiselidik yang telah dilaksanakan olih Unit Ekosistem Marin, Jabatan Perikanan telah menunjukkan bahawa jumlah ‘biomass’ ikan ikan adalah diantara 3 ke 5 tan ikan dalam satu masa. Ikan putih adalah merupakan satu kumpulan yang paling banyak dimana meliputi lebih 60% biomass ikan tersebut (Gambar 3), manakala Ikan merah adalah dalam linkungan 15% ke 20%.
Gambar 3 – Kumpulan Kumpulan Ikan Putih
Nelayan kecil kecilan telah pun menerokai dikawasan takat tiruan tersebut. Alat alat menangkap ikan yang selalu digunakan dikawasan tersebut ialah seperti bubu, pancing dan jaul. Menurut nelayan nelayan yang beroperasi dikawasan tersebut, jumlah pendapatan yang mereka perolihi adalah dalam lingkungan $400.00 hingga $2,240.00/hari/nelayan dan jangkamasa mereka menangkap ika dikawasan tersebut adalah diantara 2 hingga 3 hari. Jenis jenis ikan yang selalu diperolihi adalah ikan kerapu, ikan merah dan ikan putih. Petikan filem “The Rig Reef” Jabatan Perikanan menunjukkan kumpulan kumpulan ikan yang terdapat dikawasan takat pelantar minyak.
c. Membantu program ternakan ikan kerapu
Walaupun jumlah (biomass) ikan kerapu tidak melebihi dari 60 kg ke 70kg dalam satu masa, akan tetapi, kajiselidik yang telah dilaksanakan olih Unit Ekosistem Marin bagi program ternakan ikan kerapu telah membuktikan tangkapan yang agak menggalakkan dimana 8 ekor kerapu telah pun ditangkap dalam satu biji bubu dengan beratnya 150kg (Gambar 4). Ikan ikan kerapu yang ditangkap telah dijadikan sebagai induk (‘broodstock’) bagi program pembiakan dan seterusnya nanti pemeliharaan ikan kerapu dalam sangkar.
Gambar 4 – Menunjukkan Ikan Kerapu Didalam Bubu
d. Memberikan peluang bagi aktibiti aktibiti rekreasi memancing ikan
Kawasan takat pelantar minyak merupakan tempat yang menarik bagi penggemar penggemar rekreasi memancing ikan kerana kewujudan berjenis jenis ikan yang diperolihi. Aktibiti aktibiti bolih diselanggarakan olih pengusaha pengusaha atau agen agen pelancongan yang bolih menyediakan bot bot dan keperluan keperluan rekreasi memancing.
e. Menggalakan industi ‘ecotourism’
Dengan kewujudan kumpulan ikan ikan besar yang sentiasa berada ditakat pelantar minyak tersebut dan takat karang yang beraneka warna serta organisma organisma marin yang menarik dan unik telah menjadikan tempat tersebut popular bagi penyelam penyelam yang sebahgiannya terdiri daripada persendirian dan agen pelancongan saperti Syarikat Pelancongan Darat dan Laut dan Syarikat Continental Yachting Sdn. Bhd. diNegara Brunei Darussalam.
5. KEWANGAN:
Perbelanjaan yang minima telah pun digunakan bagi melaksanakan projek takat tiruan tayar. Tayar tayar tersebut adalah hasil sumbangan dari Jabatan Jabatan Kerajaan dan kedai kedai tayar secara percuma.
Menurut pihak BSP ada berbagai cara untuk memusnahkan pelantar pelantar minyak namun penilaian telah dibuat dari segi analisa harga faedah termasuk keutamaan dari segi alam sekitar. Dengan menjadikan pelantar minyak yang usang sebagai takat tiruan, pihak BSP tidak memerlukan banyak perbelanjaan. Dan pada masa yang sama juga Jabatan Perikanan telah diberikan pelantar pelantar minyak tersebut secara percuma dari pihak BSP.
6. PROGRAM TAKAT TIRUAN SELAN JUTNYA:
Bagi meneruskan lagi program takat tiruan Jabatan ini, pada tahun 1994 sebanak 5 buah pelantar minyak telah disumbangkan olih pihak BSP bagi dijadikan sebagai takat tiruan. Olih sebab kejayaan projek takat tiruan ini, ianya akan diteruskan dan pihak BSP bersedia untuk menumbangkan banyak lagi pelantar pelantar minyak yang usang untuk dijadikan takat tiruan dan akan ditempatkan diperairan yang telah dikenalpasti.
Jabatan ini juga telah memulakan projek serupa dengan menggunakan besi paip dan direka seperti bentuk pelantar minyak. Sebagai permulaan sebanyak 4 buah struktur kecil tersebut ditempatkan diperairan laut Berakas.
7. KESIMPULAN:
Dengan adanya kawasan kawasan takat tiruan ini nelayan nelayan mempunyai tempat tempat pencarian yang dapt terus dituju dan menjanjikan hasil yang menggalakkan. Pada keseluruhannya, ianya menjimatkan masa dan perbelanjaan serta meningkatkan lagi pendapatan nelayan nelayan dinegara ini.
Produktibiti dikawasan tersebut telah pun meningkat dimana penghasilannya adalah diantara 3 hingga 5 tan ikan yang bernilai diantara $24,000.00 hingga $40,000.00 dihasilkan dalam satu masa sedangkan kawasan tersebut pada dahulunya hanyalah kawasan yang berpasir dan berlumpur dan kurang produktif. Nelayan nelayan yang pernah kekawasan tersebut menganggarkan peningkatan penghasilan dibandingkan dengan harga jualan dahulu. Selain daripada itu, takat tiruan ini juga menyediakan tempat ‘ecotourism’ dimana para penyelam persendirian atau agen pelancongan akan dapat menikmati keindahan dan keunikan hidupan marin dikawasan tersebut.
Ahad, 4 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.