Rabu, 21 Oktober 2009
Cara Baru Memancing Ikan Kitang/Belais
Cara orang orang dulu memancing ikan Kitang ataupun ikan Belais mestilah dengan menggunakan pemata kecil(mata pancing yang halus) dengan tali tangsi nipis berkekuatan 5 – 10lb. Umpan yang digunakan samada tepung yang digaul dengan air hingga menjadi liat (dough) atau menggunakan umpan udang mati yang dipotong kecil ataupun dengan menggunakan umpan isi kupang bila kena musim bermula dan satu lagi umpan masa kini ialah pisang sabah. Antara umpan umpan diatas tadi; umpan isi kupang adalah yang paling mujarab kerana ianya kegemaran ikan kitang.
Tapi sekarang semuanya telah berubah, dimana kita boleh memancing dengan pemata besar dan tali tangsi yang agak tebal sikit.
Caranya adalah mudah saja. Sebelum kita memulakannya; persediaannya mestilah dibuat terlebih dahulu iaitu Pemata(mata pancing) berukuran #8, pemata bercabang 3 atau 4 berukuran #11 atau12 dan tali tangsi setebal 15 atau 20lb serta tidak lupa umpan udang.
Kita mulakan dengan mengikat pemata #8 ke tali tangsi 15 – 20lb dengan melebihkan tali tangsi jarak satu jengkal dan tali tangsi yang satu jengkal tadi diikat dengan pemata bercabang 3 atau 4 dengan membuang ruit tajam yang merencong kebawah supaya senang melepas ikan apabila tersangkut nanti. Lagipun ikan kitang dan belais mempunyai bisa yang agak lumayan juga rasa sakitnya bila terkena.
Umpan sebesar ibu jari dipasang pada pemata yang satu dengan membiarkan pemata bercabang tanpa umpan. Lalu pancing yang sudah siap ini pun dihulur ke air. Apabila ikan ikan datang memakan umpan diatas, maka tali tangsi ditarik secepatnya dan ikan akan tersangkut pada pemata yang bercabang tadi. Apabila ikan terlalu banyak memakan umpan, kadang kadang ikan yang tersangkut lebih dari satu ekor dan kadang kadang tersangkut dimana mana bahagian badan dan kepala ikan tadi .
Selamat mencoba!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.