Memelihara Udang Umpan
Memelihara udang hidup didarat memang susah kerana ia memerlukan segala peralatan peralatan yang dikira mahal juga. Dibandingkan dengan memelihara dikampong air, kita hanya memerlukan sedikit peralatan yang tidak sampai saratus ringgit malah puluhan ringgit tidak sampai sama sekali.
Dikampong kita cuma memerlukan kurungan iaitu yang dibuat sendiri dari papan, bilahan buluh serta tali penyimpai untuk menjalin bilah buluh ataupun dengan menggunakan dua buah takong plastik yang senang dibeli dikedai kedai cuma berharga $2.00 sabuah saja serta tali tangsi untuk menemukan kedua buah takong tadi dengan menebuk ditepi takong menggunakan paku atau ‘drill bersaiz kecil’ untuk memasukkan tali tangsi. Kurungan buluh dan takong tadi bolih memuat hingga dua ratus ekor udang yang sedang untuk pemata nombor 12 atau 13. Kurungan kurungan ini hanya untuk kegunaan sendiri sahaja tapi bukan untuk komersial. Kalau untuk komersial kita hanya memerlukan pukat panir yang berlubang kecil, tiang, kayu serta pelampung. Sebesar empat kaki persegi pun sudah memadai. Memelihara udang dikampong air secara komersial juga banyak risikonya yang mesti kita awasi saperti keadaan air yang sentiasa berubah ubah terutama sekali dari segi suhu. Air hujan yang lebat dalam beberapa hari juga mengancam udang udang yang dipelihara kerana air hujan yang terkumpul didarat akan turun kesungai membuat air menjadi tawar dan sejuk dan ini akan membuat udang udang mati. Berbeza dengan menggunakan kurungan bolih ditenggelamkan dengan menggunakan batu pemberat kerana air hujan hanya akan berada diatas kecuali air hujan terlalu banyak juga akan mengancam udang dalam kurungan ini.
Didarat udang yang dipelihara biasanya hanya untuk komersial saja. Ada yang menggunakan kolam yang diperbuat dari gantian kaca ‘fibre glass’ yang berharga ratusan ringgit. Pam air diperlukan juga untuk membuat arus yang membuat keadaan air dalam kolam seolah olah bergerak saperti dalam sungai . Untuk mengekalkan suhu panas air memerlukan heater yang otomatik dimana keadaan suhu dalam air sungai ialah 28ºC dan tidak lupa juga ialah air. Air asin biasanya diambil dari sungai dan ada juga yang hanya membeli garam khusus yang berharga 3kg dalam $10.00 untuk menampung 100 liter air.
Untuk menjimatkan belanja ratusan ringgit kadang kadang tikar getah untuk lantai digunakan untuk membuat kolam ini dengan hanya membentangkan diantara tiang rangka ‘frame’ empat segi yang dibuat dari kayu. Air yang diambil dari sungai lebih menjimatkan lagi tanpa ada bayaran. Cuma hanya menambah pam air untuk arus serta alat pengekal suhu otomatik
Sudah terbukti menggunakan air sungai lebih efektif dari air menggunakan garam khas kerana air menggunakan garam khusus membuat jangka hayat udang lebih pendek iaitu dalam 3 hari bagi udang kapor dan 6 hari bagi udang sungai. Menggunakan air sungai biasa jangka hayat udang lebih lama iaitu dalam dua minggu bergantung penjagaan yang teliti.
Antara ciri ciri untuk menghidupkan udang untuk umpan ia lah:
• Kolam – bagi yang mampu menggunakan fibre glass atau untuk berjimat belanja menggunakan tikar getah untuk lantai serta frame dari kayu.
• Air – menggunakan air sungai lebih baik serta memanjangkan jangka hayat udang berbanding air menggunakan garam khusus.
• Arus – air biar sentiasa bergerak seolah olah saperti arus air sungai dengan menggunakan pam yang sesuai dengan keluasan kolam yang dibuat.
• Suhu – suhu air mestilah dijaga untuk ketahanan jangka hayat udang iaitu 28ºC dengan menggunakan alat pengekal suhu otomatik.
• Penjagaan – penjagaan juga diperlukan demi kesehatan udang agar aktif setiap masa termasuk makanannya.
Jumaat, 9 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.