Khamis, 22 Oktober 2009

Gian Ngail (19/01/2006)

Sejak isteri dan anak anak saya pulang dari Pontianak pada bulan September sampai ani, aku inda lagi turun turun kekampong untuk mengail samada menggunakan perahu atau mengail dijambatan penungguan tambang. Maklum tah manjaga anak tiga orang. Sejak atu jua banyak cerita cerita yang ku dangar tentang orang kampong dapat lauk yang banyak dan kawanku sama memancing jua belurih lauk besar besar dan

Rabu, 21 Oktober 2009

Cara Baru Memancing Ikan Kitang/Belais



Cara orang orang dulu memancing ikan Kitang ataupun ikan Belais mestilah dengan menggunakan pemata kecil(mata pancing yang halus) dengan tali tangsi nipis berkekuatan 5 – 10lb. Umpan yang digunakan samada tepung yang digaul dengan air

Jumaat, 9 Oktober 2009

Memelihara Udang Untuk Umpan Pancing

Memelihara Udang Umpan

Memelihara udang hidup didarat memang susah kerana ia memerlukan segala peralatan peralatan yang dikira mahal juga. Dibandingkan dengan memelihara dikampong air, kita hanya memerlukan sedikit peralatan yang tidak sampai saratus ringgit malah puluhan ringgit tidak sampai sama sekali.

Ahad, 4 Oktober 2009

Takat Tiruan

Selain takat asli yang tersedia, dizaman yang serba moden dan canggih ini takat tiruan juga boleh dibuat. Ini bergantung lah bentuk takat dan ukuran yang hendak dibuat. Pihak Brunei Shell Petroleum sendiri telah mendermakan bekas derek-derek/pelantar-pelantar minyak lama yang sudah tidak digunakan lagi untuk dijadikan takat takat tiruan.

Selasa, 25 Ogos 2009

Tempat Tempat Memancing



Ini Adalah Antara Ikan Ikan Yang Pernah Dapat DiPancing




Tempat memancing diSungai Brunei memang banyak, petuanya asalkan saja kita rajin mencari. Mencari kawasan berpotensi untuk ikan ikan suka berkumpul mestilah kita fahami, ikan ikan ini sama seperti kita juga dimana ada sumber makanan disitu kita tinggal.

Ahad, 23 Ogos 2009

Memancing 2





Kesan kesan kemodenan terhadap hidupan diSungai Brunei

Sungai Brunei sebenarnya memang mempunyai khazanah hidupan sungai yang banyak tetapi arus kemodenan telah merubah segalanya, dimana pencemaran sungai terjadi walaupun tidak nampak pencemarannya tapi para para nelayan dapat merasakan betapa kurangnya pendapatan hasil tangkapan mereka dari masa kesemasa.

Penggunaan enjin motorsangkut juga memberi kesan kepada hidupan sungai terutama sekali ikan ikan. Dulu para nelayan hanya menggunakan enjin berkuasa kuda yang rendah ataupun berenjin sigal (Seagull) dan bahkan ada yang menggunakan perahu bidar, gubang ataupun jumpong saja untuk menangkap ikan. Kalau nak kebandar pun orang orang kampong air

Selasa, 18 Ogos 2009

Memancing

Memancing adalah merupakan suatu hobi atau kegemaran masa lapang yang semakin digilai dan diminati ramai oleh penduduk Brunei pada masa ini. Malah pihak pihak tertentu saperti Jabatan Perikanan setiap tahun menganjurkan peraduan memancing bagi menggalakkan penduduk Brunei supaya gemar memancing. Dimana saja kita berada,